Assalammualaikum dan Salam sejahtera. Saya ingin menceritakan pengalaman seram yang telah saya dapat setelah bekerja di kilang silterra sebagai cleaner untuk part time. Saya ni jenis minat serba sedikit tentang benda-benda seram ni dan bnyak juga pengalaman yang saya telah lalui.
Pada permulaan masuk kerja. Saya ditempatkan pada shif petang iaitu pada jam 2:30 pm-11:30 pm waktu bekerja di sana, Ramai dari kalangan cleaner bagi amaran supaya jangan ke kawasan lab dan tingkat 4 pada waktu malam sebab ramai pekerja dekat sana sering kena ganggu dengan makhluk halus(hantu).
Tempat saya bekerja di bahagian pejabat. Pada waktu petang mungkin ramai orang tapi bila tiba waktu malam pejabat selalunya kosong. Terutama di tingkat 4. Pejabat orang-orang besar. Kawasan tu jarang orang ada. Hanya jika ada meeting ja kawasan tu digunakan. Suasana di sana juga suram dengan gambar2 lukisan bersama cermin di keliling kawasan pejabat. Selalunya Makcik cleaner yang bekerja sama shift dengan saya jarang naik ke pejabat tingkat 4 sebab katanya tak elok kalau pi naik sana sorang2. Risau diganggu makhluk halus. Banyak juga pengalaman yang diceritakan oleh pak guard kat sana masa meronda kawasan kilang pada waktu malam.
Selama saya berkerja di sana selama 3 hari pertama tiada perkara aneh yang berlaku tetapi pada hari keempat saya dikejutkan dengan satu pengalaman seram ketika hendak pulang ke rumah. Seperti biasa cukup masa kerja saya bersama kawan saya Mat Min rakan sekerja saya akan pulang sekali sebab kami duduk setaman. Dalam perjalanan hendak pulang. Saya berjalan melalui kawasan parking kereta untuk pergi ke pondok motor. Semasa berjalan saya ternampak satu kelibat hantu yang sungguh mengerikan berada di atas sebuah kereta sedang berdiri memerhati kearah kami. Tapi hanya saya yang perasan kelibat hantu tu masa tu. Rambutnya Panjang hingga ke bawah dan badannya berwarna putih tapi nampak samar2 saja. Masa tu meremang abiss bulu roma. Saya cuma diamkan diri dan mengajak Mat min pulang dengan segera.
Setelah tiba di rumah saya telah menceritakan apa yang telah terjadi malam tu tapi dia macam percaya x percaya ja. Saya ingatkan gangguan tu hanya di kilang tapi saya tidak sedar yang hantu tu mungkin mengekori saya hingga ke rumah. Semasa saya tidur, tiba-tiba saja terjaga dan ternampak kelibat hantu di kilang itu berada di depan mata saya sedang berjalan sambil melihat ke arah saya. Ketika itu saya tidak boleh berbuat apa2. Rasa seperti suara tak nak keluar dan badan tak boleh bergerak. Waktu tu rasa cemas hanya minta pertolongan pada allah. Saya hanya mampu baca surah2 dalam hati ja. Selang beberapa saat tiba2 kelibat hantu tu hilang dan saya dapat mengeluarkan suara kembali. Saya pergi ambil air sembahyang dan kembali tidur kembali. Alhamdulillah tak ada lagi gangguan pada malam tu.
Keesokkan harinya saya cerita apa yang terjadi masa perjalanan pulang dari kilang tu. Agak kecoh jugak la masa tu dalam kalangan cleaner ni dok bercerita. Semenjak dari peristiwa itu. Saya sering diganggu ketika bekerja pada waktu malam. Ada ketika saya sedang bekerja di tingkat 2 mengelap meja pejabat yang agak banyak. Saya terperasan sebuah kelibat hantu sedang berada di atas meja selang dari tempat saya sebanyak 2 meja. Tidak dapat melihat rupanya tetapi hanya badan dan rambutnya. Kelihatan sungguh lusuh keadaannya. Lama-kelamaan diganggu oleh kelibat hantu, saya menjadi kurang takut sebab selalu sangat kena kacau. Setelah 2 bulan saya bekerja dan saya telah berhenti bekerja di sana dan melanjutkan pelajaran di Jitra .Sedikit pesanan dari saya iaitu rajinkan mengamalkan surah 3 qul bersama ayatul kursi semasa hendak tidur. in sha allah dengan izin allah akan jauh dari gangguan jin dan syaitan.
Sampai disini sahaja kisah pertama saya ... Ada lagi banyak pengalaman nak diceritakan tapi mungkin dalam masa terdekat akan saya kongsikan. Terima Kasih Kerana sudi membaca >.<
No comments:
Post a Comment